Saturday, May 1, 2010

Damai

Seiring dengan penghantaran renewal lesen, saya juga menerima buku lagi dari Jemari Seni. Dua buah buku lagi yang saya order minggu sebelumnya.

Damai dan Yuda di Padang Maya.

Damai sebab ada Kak Su dan Syud. Saidatul Safaa, erm.. dah pernah baca buku dia, jadi agak tidak berapa kena dengan selera. Tak tahulah kenapa.

Walaubagaimanapun, Damai adalah tulisan dari Saidatul Safaa. Ok. Bolehla. Bukan judge dia sebelum baca. Tapi lepas dan sedang abca pun, tak tahan nak skip banyak page. Haih.

Yang di pulau itu, cerita ke dua. Dari Kak Su. Sekarang Kak Su buat cerita ala-ala muda remaja, ala-ala chicky je ideanya. Seronok baca. Macam dari hati kita sendiri. Sampai saya turut tersenyum. Turut mengatakan, ‘Gatal!’. Hahaha.. paling saya tak dapat tahan, bila part Tok Nah( nenek Piyah) tu. Entah kenapa, saya teringat sangat kat Uwan saya di kampong. Lai-lagi bila Tok Nah bercerita dengan Piyah. Bercerita tentang dulu-dulu. Tentang dari mana terciptanya Kurma Telur Itik. Bercerita tentang rindunya nanti Tok pada Piyah. Bercerita tentang mimpi-mimpi Tok Nah bertemu arwah suaminya. Sungguh, tak tahan saya menangis pada pukul1 pagi. Mennagis dan menangis sampai saya kena berhenti sekejap, dan mengelap mata. Adih. Sambung, saya lagi menangis bila Tok Nah meninggal. Sedihnya Piyah, saya rasa beban sangat dihati saya. Saya menangis macam budak kecik pada malam-malam buta tu. Bila usai baca, ye, kesudahannya memangla Piyah akan kahwin ngan Piyan. Saya tengok mata di cermin, ceh, bengkak. Saya dah lama tak menangis beria macam tu. Entahla pasai apa. Pagi pergi kerja pun, susah nak cover pakai eye shadow. Ceh.Kak Su ni pandai sungguhla menggodek hati orang.

Cerita ketiga, belum selesai lagi. Apa kata kamu sambungkan untuk saya? Sedih juga kah? Saya suka Syud. Lamanya tak dapat buah tangan dari Syud..