Friday, September 17, 2010

Yuda di Padang Maya


... tiada manusia yang berseorangan ...


Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.


“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.


Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?


Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?


* * *


Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARI


cerita pengembaraan yang keluar dari luang lingkup realiti. banyak ilmu yang saya dapat dari buku ni...

Saturday, May 1, 2010

Damai

Seiring dengan penghantaran renewal lesen, saya juga menerima buku lagi dari Jemari Seni. Dua buah buku lagi yang saya order minggu sebelumnya.

Damai dan Yuda di Padang Maya.

Damai sebab ada Kak Su dan Syud. Saidatul Safaa, erm.. dah pernah baca buku dia, jadi agak tidak berapa kena dengan selera. Tak tahulah kenapa.

Walaubagaimanapun, Damai adalah tulisan dari Saidatul Safaa. Ok. Bolehla. Bukan judge dia sebelum baca. Tapi lepas dan sedang abca pun, tak tahan nak skip banyak page. Haih.

Yang di pulau itu, cerita ke dua. Dari Kak Su. Sekarang Kak Su buat cerita ala-ala muda remaja, ala-ala chicky je ideanya. Seronok baca. Macam dari hati kita sendiri. Sampai saya turut tersenyum. Turut mengatakan, ‘Gatal!’. Hahaha.. paling saya tak dapat tahan, bila part Tok Nah( nenek Piyah) tu. Entah kenapa, saya teringat sangat kat Uwan saya di kampong. Lai-lagi bila Tok Nah bercerita dengan Piyah. Bercerita tentang dulu-dulu. Tentang dari mana terciptanya Kurma Telur Itik. Bercerita tentang rindunya nanti Tok pada Piyah. Bercerita tentang mimpi-mimpi Tok Nah bertemu arwah suaminya. Sungguh, tak tahan saya menangis pada pukul1 pagi. Mennagis dan menangis sampai saya kena berhenti sekejap, dan mengelap mata. Adih. Sambung, saya lagi menangis bila Tok Nah meninggal. Sedihnya Piyah, saya rasa beban sangat dihati saya. Saya menangis macam budak kecik pada malam-malam buta tu. Bila usai baca, ye, kesudahannya memangla Piyah akan kahwin ngan Piyan. Saya tengok mata di cermin, ceh, bengkak. Saya dah lama tak menangis beria macam tu. Entahla pasai apa. Pagi pergi kerja pun, susah nak cover pakai eye shadow. Ceh.Kak Su ni pandai sungguhla menggodek hati orang.

Cerita ketiga, belum selesai lagi. Apa kata kamu sambungkan untuk saya? Sedih juga kah? Saya suka Syud. Lamanya tak dapat buah tangan dari Syud..

Wednesday, April 28, 2010

Jaja dan Din




Selepas menanti dengan penuh perasaan, dan hati yang gundah gulana, akirnya buku cerita Jemari Seni, JAJA dan DIN selamat sampai ke tangan saya. Fuh, susah betul nak dapatkan buku ni. Sian Jemari Seni kena hantar dua kaili, dek kerana tidak sampai pada penghataran pertam. Terima kasih banyak-banyak Jemari Seni sebab hantar juga, sebagai ganti. Terharu sangat!


Dan sangatla best nye pasal Jaja dan Din ni. Ish, Jaja si berambut lurus ibarat pemabaris dan ber kaler blonde ni boleh jatuh hati hanya kerna sekeping gambar. Dan bertahun dia mencari Din, dan akhirnya berjumpa. Dan Din terbuka hati menerima Jaja walau yang diharapkan adalah yang boleh hidup zuhud sepertinya. Yang sempurna solatnya. Tapi Allah Maha Besar, diberikan Jaja pada Din untuk Din bentukkan. Untuk Din ajar apa itu Islam. Jaja, jaja.. bagusnya Jaja. Sanggup hidup zuhud dan meninggalkan kerja yang syubhah demi Islam. Demi Din. Jaja meng qada’ solatnya yang banyak tertinggal sejak dia akil baligh. Sabarnya Din bila Jaja pernah menggoda Din untuk buka puasa sunatnya. Hai… jaja, jaja.. jaja yang manis, jaja yan tabah bila Din yang pergi berjihad dikhabarkan sudah meninggal dunia. Tabahnya Jaja membesarkan si khalifah kecil. Bahagianya Jaja bila Din sudah kembali kepadanya! Hai, kak Su. Sungguh la buat cerita meruntun hati. Buat hati tersenyum, dalam hati ada taman. Hai..



Wednesday, January 27, 2010

Cosmopolitan feb 2010


Baru dapatkan Cosmpolitan edisi Februari 2010. Dengan cover Kim Kardshian. Semakin hampa aku dibuatnya. Semakin nipis.masa nak beli tu pun dah berkira-kira. Wajarkah aku beli dengan senipis ini? Entah la, apa yang kurang. Tapi terasa sangat nipisnya. Sudah tiada isukah? Rasanya banyak sangat isu yang boleh dimuatkan untuk tatapan dan bacaan wanita.
Dulu mengkagumiCosmo, sebab bukan sahaja pasal fesyen, tapi pasal kesihatan, seks, kerjaya, pershabtan, cinta, kereta, travel, food, senaman, semua disentuhnya.. sekarang, makin luntur dibuatnya.. sedih. Rasa-rasanya, lebih berbaloi aku ambik Intrend atau Eh!. Biar berharga rm7.50, namun melengkapi kehidupan aku di kota ni. please Cosmo. Selak balik keluaran 2007, 2008.. semuanya hangat..ni,cover story pun 1 helai sahaja. Adoi la.