Tuesday, October 13, 2009

Pelangi



Judul: Pelangi
Penulis: Syud, Hlovate, Noor Suraya
ISBN: 978-967-5118-24-1
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos:
RM20


*****************************


Ceritera 1: Pelangi - Syud


Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?


************


Komen aku:


Pernah baca cerita ni dalam blog Syud and I’m hooked to it. Its abaout Uzair yang dikawinkan dengan Iman atas pilihan keluarga. Cliché, tapi garapan yang bagus. Tak meleret-leret. Iman yang menerima keburukan Uzair seadanya. Best. Suka;)


******************************


Ceritera 2: Ked's Story - Hlovate


Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!


************


Komen aku:


Already read this a lot of time dari blog Hlovate.. niceJ


*****************


Ceritera 3: Rumah Kecil di Ujung Padang -
Noor Suraya


Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?


*********************************


Komen aku:


cerita baru dari Kak Su. Mulanya menyampah dengan Durrah yang terlalu ortodoks pemikirannya. Teralu percaya pada cinta manusia, sanggup tidak belajar kerana yakin itulah cintanya.itulah yang akan membahagiakan nya kelak. Tolongla berfikir wahai Durrah, hidup bukan hanya atas perkahwinan semata-mata (kerna aku punya kawan yang sebegini). Tapi kak su berjaya merubah Durrah perlahan-lahan. Dia transform slowly dari Durrah yang naïve, yang terlalu percaya cinta kepada gadis yang matang fikirannya. Yang mula memikirkan perihal masa depan. Dia belajar tentang perusahaan bunga, belajar buat dress kanak-kanak. See, dia berjaya berdikari. Dia dihambat cinta dari ketiga-tiga anak ayah angkatnya. Luruh air mata aku menyelami hati Durrah yang ditinggalkan kerna seorang janda Jepun. Antara 3 abng angkatnya, siapa jodohnya yang sebenar? Penat aku teka.. akhirnya terjawab.



Rahsia Hati Sofia




Rahsia Hati Sofia



Penulis; Nazurah Aishah



ISBN: 978-967-5118-17-3



Harga: RM21.00



Harga istimewa di Pesta Buku: RM16.80 – (potongan 20%)



**********************************************



sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…



Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!



Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!



Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!



Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?



+ + +



**********************************************************



Komen aku:



Damn boring and so cliché. Macam satu bibliography tentang kisah cinta Si Sophia dan Ikmal ni. Tensionnya. Bagi aku, tiada upgrade information dalam otak aku. Its static. Typical kisah rumah tangga di Malaysia. bercinta, kemudian merajuk, kemudian dinikahkan, kemudian ada orang opis nak yang mana secara kebetulan kawan si suami. Si suami cemburu, ego. Si isteri menyimpan rasa. Akhirnya suami ceraikan supaya pergi kat kawan suami. WTH??



Teluki itu Untuk Aku



Judul: Teluki Itu untuk Aku
Penulis: Nazawati
ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
Harga pembelian melalui pos: RM17


***************************************


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti


Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?


Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan


Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?


*************************************************************


Komen aku:


I love this story. Jalan cerita nya lain. Sangat berlainan, dan garapannya sangat best. Mengenai seorang 3 sahabat yang berpecah akibat sengketa keluarga dan fitnah. Akhirnya antar 3 shabat itu, 2 shabat berkahwin (terpaksa) kerana ditangkap basah. Si lelaki sangat kurang ajar, asyik mendendami si wanita. Sedih.kata-katanya pedih. Sudahla bertemu di rumah, di office juga mereka adalah teman sekerja yang tidak pernah damai. Perangnya menakutkan.kata-kata lelaki itu menyakitkan. Serius. Akhirnya satu-satu eprkara yang terpendam terbongkar. Rupanya sahabat ke-3 ada masalah emosi. Dia yang inginkan si wanita, cuba perangkap wanita untuk berkkahwin dengannya tetpai tertangkap dengan si lelaki. Rupanya ayah sahabat yang ke 3 yang membuat onar ke atas keluarga mereka. Sedih mendengar kebenaran. Cerita ni best. Bercampur baur. Tak rugi baca.


Kemilau Mutiara Raudhah



Judul: Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis: Saidatul Saffaa
ISBN: 978-967-5118-25-8
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM20.00


*******************************
(Bayaran pos percuma dalam Malaysia)


Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?


*****


Komen aku:


Selamat menghabiskan naskah pertama dari Saidatul Saffa semalam. Komen? Erm, aku dah pernah baca jalan cerita yang sebegini. Tentangs eorang lelaki yang bernama Izzat, yang terpesong dari ajaran Islam,cuba kembali ke jalan yang benar kerana seorang wanita, Raudhah,sigadis bermata hijau (mix).



Raudhah adalah tunangan Izzat sejak lama, tanpa pengetahuan dua pihak. Raudhah menerima Izzat sebagai calon suami tetapi bertukarfikiran bila Nampak Izzat dipeluk oleh perempuan lain. Sakit hati, raudhah menyambung study dalam bidang perubatan di Scotland. Selepas dua tahun, Raudhah setuju dinikahkan dengan pilihan datuknya tanpa melihan atau bertanya siapa calon. Dia dinikahkan dari jauh,di Malaysia. even web cam pun raudhah tak on. Dia redha sebab adh buat solat istikharah. Izzat tanpa mengetahui, dia akhirnya dinikahkan dengan Raudhah, kemudia ke Soctland,buat kejutan. Raudhah tidak dapat menerima Izzat sebagai suami.berbagai hinaan di lemparkan. Izzat dah jauh berubah, tapi raudhah tidak Nampak itu. Ok,, finallay, raudhah terima Izzat selepas dia hampir dirogol. Baru sedar diri.



Cliché. Sorry to say. Raudhah digambarkan sebagai perempuan yang mentaaati agama Islam, tapi mengabaikan sesuatu yang sangat besar, menyakitkan hati suami- sungguh tak wajar. Dia kurang ajar, meninggikan suara dan asyik mempertikaikan takdirnya yang berkahwin dengan Izzat. Pelik. Bukannya dia tidak dididik dengan ajaran Islam, mentaati suami itu wajib, tapi kenapa dia seperti tidak berugama? Kenapa dia asyik mempertikaikan Izzat, seperti dia sangat suci dan baik, beragama, dan Izzat adalah orang yang sangat keji? It looks like Raudhah ni macam typical perempuan alim. Yang merasakan dia sangat bagus dan memandang orang lain tidak sebaik dia.