Sunday, May 17, 2009

Odisi Bulan Biru




JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.
Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti!
Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?
Katanya....
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini.
Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi.
Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.
Teka teki apakah itu hingga menyebabkan dia sanggup menempuh seribu misteri dan melintasi Selat Bosporus? Dan siapa pula Qistina di hatinya?
Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
*****
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18 (mulai 10 Mac 2009)




#######################################################


my komen:




Aku pelik dengan tajuk novel ni. Tapi tak pe, abaikan. Yang penting apa yang John Norafizan cuba sampaikan.
Pernah dengar nama Tuhan yang keseratus? Dalam tangan kita, dalam fikiran kita Cuma ada 99 nama. Nama-nama yang menggambarkan Tuhan dan kuasaNya. Kenapa ada yang keseratus? Siapa yang sembunyikan nama yang keseratus? Apa perlu nama yang keseratus, andai 99 nama pun belum kita hafal dan bertaqwa dan beriman?
Mengisahkan kehidupan Akira yang membenci adiknya senediri yang cacat selepas demam panas. Akira budak jepun yang beragama Islam dan bersusur galur Melayu. Ibu dan adiknya mati jatuh dalam sungai tanpa diselamatkan oleh Akira. Ayahnya hilang sewaktu mencari Akira yang jatuh ke dalam gaung setelah decide untuk bunuh diri. Akira cuba mencari ayahnya,namun bertemu dengan Doktor Ayumi dan adik angkatnya Kafka yang muka nya sebijik Umizaki, adik Akira yang telah mati lemas. Dalam pencarian nama tuhan yang keseratus, Kafka hilang di Turki dan diracuni kerana menyebabkan kitab suci penduduk tempatan hilang. Doktor Ayumi juga hilang ketika di Turki. Tinggallah Akira dan Kafka yang merasa dirinya masih kanak-kanak akibat diracun.
Bagaimana mereka bertemu dengan Qistina yang akan lupa siapa diri dia, dan mereka pada keesokan harinya. Siapa Qistina? Apa kaitan mereka?
Buku ni lebih berunsurkan ketuhanan. Kepercayaan pada apa yang Tuhan telah tentukan. Kehendak Tuhan, semuanya tidak mustahil untuk berlaku. Tanpa kehendak Tuhan, sebutir pasir di lautan tidak akan bergerak. Mari sama-sama menyusur kehidupan Akira dan cabaran hidupnya dan merenung sejauh mana kita sudah beriman dengan 99 nama Tuhan.



Cumanya ada beberapa simpulan yang tidak dileraikan oleh John Norafizan.


1. Kenapa ibu akira menangis tiap kali ayah mereka bercerita tentang adiknya? Ayahnya akan terbehenti bercerita dan memberitahu, ibunya akan bercerita di kemudian hari.


2. Apa kaitan Kafka dan Akira? Mungkinkah mereka adik beradik yang terpisah atau sepupu? Anak kepada adik ayahnya?


3. Benarkah Nakamura adalah abang sebapa dengan Doktor Ayumi?

Tuesday, May 5, 2009

Meniti Maut

Meniti Maut
Eyman Hykal
Alaf 21
rm17
Tentang Fariz sebagai anggota BISIK, yang menempuh pelbagai cabaran dalam pelbagai kes yang dijalankan. Apa nak buat synopsis pasal cerita ni ya? Susah nak buat atau sebenarnya tak da synopsis yang boleh dibuat? Cerita based nya sangat basic. Sangat-sangat. Lebih menjurus kepada, bagaimana untuk menjadi ejen kerajaan. Adalah beberapa aksi yanga agak mencemaskan. Yang lain macam agak biasa sahaja. Tak adalah yang terlalu unik dalam buku ni. Terpaksa juga compare kan dengan Ramlee Awang Mursyid. Buku ni takda x-faactor yang membuatkan aku nak terus membaca. Terpikir hanya nak cepat habis sahaja. Terlalu biasa. Ada pulak sesetengah situasi yang digambarkan terlalu amat teliti membuatkan aku rimas. Penggunaan perkataan ‘fonsel’ bagi menggantikan handphone atau telefon bimbit pun agak annoying. Entahla nape aku berfikir dan berperasaan macam tu. Rasa pelik la. Penulis macam agak confuse dalam mencorakkan watak Faryna (anak majikan dalam penyamaran nya). Sekejap macam tak matang, sekejap macam terlalu matang. Aku tak boleh nak bayangkan bagaimana watak sebenar perempuan itu. Wataka yang lain agak kemas, sampai aku boleh bayangkan apa yang berlaku, dan bagaimana wajah mereka.
Walau apa pun, Eyman Hykal, selamat datang ke dunia penulisan.mungkin selepas ni, boleh menulis thriller ynag lebih thriller lagi. Kasi goreng banyak sikit, Cuma jangan sampai terlebih garing.. hehe.