Saturday, April 25, 2009

buku baru di rak.. hasil dari Pesta Buku


Jumaat lepas, akhirnya aku berkesempatan menjengah ke Pesta Buku. Sebenarnya buku tak berkesempatan, tapi memikirkan bulan april ni, bulan RM, semua nak pakai duit.. ces. So, budget untuk Buku macam kena cut jugak la.
But then, aku pergi juga. Mula-mula takder apa nak dibeli (kononnya), tapi end up with all those new books from Jemari Seni. Ada orang tanya aku, anis suka sangat dengan buku JS ya? Bukan macam tu. Aku tengok cara penulisan, genre buku. Aku beli juga buku Alaf21, BUKU PRIMA, kakinovel, dan karnadya. Aku tak berapa sangat dengan genre cinta jiwang ni, sebab kehidupan aku dan penat dan penuh dengan perasaan cinta. My real love is real, why should I dream on another fake lave story? So, I rather stick on fiksyen, thriller, funny romance, ketuhanan.. that’s better. Cerita keluarga pon aku suka. Membuatkan aku lebih mandiri.
So, akhirnya aku beli Odisi Bulan Biru dari John Norafzan (I met him last year, also this year), and other two books which i forget the title. But I have the pics.. habis rm48 kat JS. Ok la, kaalu beli MPH, dekat rm65 juga.. untung seh.. sempat jugak tanya Kak Su tentang buku baru. kak su gelak je, tu adaa (sambil tunjuk buku kanak-kanak). ish kak su ni. sempat juga tanya Syud tentang buku baru dan blog nya. malu2 Syud nak jawab.. hehehe. takpe, willingly tunggu Syud nyer buku baru..
Then, tinjau karangkraf.. need a magazine that can represent my religion, career and love life, so I picked Nur n Dara. Langgan terus la, senang.. murah je, amek dua2 mag selama 6 bulan, rm75 je, siap ada diskaun lagi. Selain dapat membaca, aku juga dapat reducing in tax. Baguskan??
Tak rugi habs duit untuk membaca, sebab u r what u read. U read porn, u’ll be porn star. If u read knowledge, then u r knowledgeable person. Boleh masuk dengan sesaper sajer untuk bercakap.. tak la nganga jer macam BIMBO!

Friday, April 24, 2009

i take this man .... whether he like or not!

yeay! just finshed reading 'I take This Man.. whether he like it or not'.
briefly, Bram Shirez n Penny Bracket is a couple. prepared for their wedding which will be held only about 15 minutes. then, came Moris, Bram's bridegroom send a message from Bram, told he cant proceed the wedding. No reaction from Penny. she damn sad actually. she announce the cancel hersef to the guest. while her mother Easther Bracket kidnap Bram (without Penny's know about it, of course), lock him in her mansion, force him to eat all those wedding food (shrimp, salmon, chicken, salad), write sorry letter for all guest and labeling the wedding gifts for returned. his father, Keith Shiraz felt something, he tried to find his son. but he end up with fall in love with Easther.
Penny, lastly find out that Bram was locked up in the attic in her mansion. she tried to figured out why he left her in the altar. he admit that he cant satisfy her in their sex life. he figured out that Penny was faked her orgasm. Penny felt so embrassed. thought that Bram wont never figured it out.
one day, Bram success to escape but fell in the pool, where Penny is swiwmming. she rescued him, and they make love. shocking, Penny didnt fake her orgasm anymore and Bram want her back. unfortunately, not Penny. she left him. Bram try to find his father and he saw Keith and Easther. he is so angry and told Keith that Easther was kidnap him. Keith get mad.
and next, please read yourself la.. hehehe.. its a good story, so nice. so funny. try to read it!

Wednesday, April 15, 2009

i take this man .... whether he like or not!


sedang membaca.. funny.. menarik.. berdebar-debar.. sedey..


dan yang penting masih melekat ditangan dan dimata aku.

Saturday, April 11, 2009

Mantera Hitam


Tajuk: Mantera Hitam

Penulis: Serunai Faqir

terbitan: Alaf 21

harga: rm16

tebal:402


sinopsis belakang

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.
Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.
Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah. Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.
MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!?

Serunai Faqir adalah nama baru dalam dunia buku aku. mungkin dia ada menulis dan buku lain sebelum ini, mungkin terbitan lain. mungkin bukan genre kegemaran aku. aku pilih buku ni di rak Mph untuk dimuatkan dalam rak buku aku kerana genre nya; fiksyen.

secara asasnya cerita ni banyak bermain dengn putaran masa dan dua dunia. bermain dengan spirit of coin menyebabkan syaitan yang terkurung terlepas bebas. aku suka dengan imaginasi si penulis yang membayangakn dunia syaitan ni moden juga, macam dunia kita, mereka juga menggabungkan sihir dan kemodenan demi untuk menyesatkan anak-anak Adam. bagus la. aku pun suka membayangkan apa yang akubaca. justeru, akudengan bestnya membayangakan dunia Marqo, dunia Alora dan dunia Marcel.

bagaimana pertarungan antara jin kafir dan jin Islam. juga penglibatan budak2 tersebut.

garapan penulis bagus. clear. banyak juga ilmu yang general yang aku dapat daripada novel ni. dan aku pasti sesangat, novel ini akan ada sambungan nya. sebab pertarungan yang agung tidak berlaku. ia tamat dengan kesudahan yang belum selesai.

serunai faqir boleh ditemui di blogspot dia:


ketikamembaca.blogspot.com

Thursday, April 9, 2009

Pesta Buku 2009




Pesta Buku, atau nama cambestnya KLBF 2009 datang lagi menjengah peminat buku sekalian.. ni lah masanya untuk kita ber shoping buku sakan. Sape yang duk teruja nak jumpa penulis kegemaran, jangan lepaskan peluang!
Tahun lepas aku ada pergi juga Pesta Buku ni. Sempat berjumpa John Norafzan, kak Noor Suraya ( ya Allah, kak su ni baaaik n sweet sangat. Rasa cam nak peluk jerr), dan sudah tentulah Ramlee Awang Mursyid. Time tu aku sempat tanya buku terbaru dia, dia jawab, ‘pernah dengar tentang seorang Mikhail?’. aku tergamam, soklan mencabar minda aku. Nasib aku tak jawab, ‘saya takder kawan nama Mikhail, mata kail saya kenal lah’.. masa tu cuak jer. Ntah naper ntah.macam bongok gak.. hehehe..
Oh, by the way, jangan lupa untuk pergi ke Pesta Buku. Tak rugu habiskan duit untuk buku, sebab ilmu yang kita dapat tak ternilai harganya. Lagipun, simpan resit la untuk claim dengan LHDN.lagi best, ada sesetengan company ada bagi elaun untuk beli buku. Macam Bank Negara. Oh! Kena hantar resume ni. Alamak, dah lari tajuk.
Ok, seterusnya, Pesta Buku ni start pada 17 April sampai 26 April, di PWTC. Take time untuk tawaf satu PWTC.. tak rugi.. buku jual murah2 punya…
Untuk peta kawasan dan detail, klik di sini
http://klbookfair.com/index.php/

Wednesday, April 8, 2009

Cinta Kau dan Aku

Buku ni tebal. Aku dah lama tak baca buku cinta. So, buku ni jadi pilihan setelah habis melampiaskan rindu pada buku-buku RAM, Mikhail yang bercorak thriller.
Mengisahkan Farisya ( aku tak suka nama ni; terlalu over untuk orang kampong). Farisya seoarang yang agak tomboy setelah ayahnya meninggal dunia. Pergi KL untuk kerja. Minta kerja sebagai Driver di sebuuah company kepunyaaan Farish (eh, macam nama cat Farish). Okey, dipenddekann cerita, Farisya dapat jadi driver sebab Farish rasa Farisya ni sangat comel. Dan Farisya ini digambarkan sangat cantik, sampai semua orang nak ngorat ( oh, stereotaip betul). Farish pon suka dia juga dan sanggup menerima wasiat mak Farisya untuk Kahwin ngan Farisya (ceh, emak farisya ni tak sedar dek untung tul, boleh pulak sesuka buat wasiat suruh bos Kahwin ngan anak dia). Farisya cuba lari dari wasiat dengan wat plan untuk kawin ngan kawan dia dr kecik, tapi gagal. Akhirnya Kahwin jugak dengan si Farish. Awal perkahwinan, semua baik. Cuma farish suka mengongkong dan sangat cemburu. So, tak bagi farisya kerja dan kuar jalan. Adik farish balik dari oversea dan cuba memecah belahkan mereka. Farish baran. Termakan la umpan adiknya. Menceraikan si Farisya. Bolak balik, mereka besatu semula.. sila baca sendiri macam mana mereka bersatu balik. Penatla.

Cerita yang bagi aku kurang logik sikit. Menyampah la pulak asyik bercanda je si farish dna farisya ni. Keadaan romantic mereka di gambarkan dengan berlebih—lebihan. Sampai aku naik muak. Mula-mula seronok gak baca. Lama-lama bosan la. Aku skip je part2 romatik terlebih sudah tu… sesungguhnya buku ini langsung tak mengembangkan minda aku. Ia nya sekadar buku yang lebih sesuai untuk gadis pingitan yang menunggu lamaran dari orang kaya. Compare dengan buku –buku Noor Suraya, banyak ilmu yang aku boleh dapat secara tidak langsung.
Kesimpulannya, apa yang aku boleh komen buku ni, boleh la. Cuba lagi. Cuba berikan sedikit ilmu kepada pembaca, bukan sekadar jalan cerita semata-mata.