Friday, March 27, 2009

Mikhail - Ramlee Awang Mursyid


Tajuk: Mikhail
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Terbitan: Alaf 21
Harga: rm19.90
Rate: 4 bintang
Halaman: 512


sudah habis baca MIKHAIL!! perghh. selesai pada jam 7.55am pada 27 March 2009, sambil berdiri menunggu train ke opis. gagah betul aku.


Mikhail, bukan sekadar nama. betul, Mikhail adalah pengambil nyawa. bukan satu Mikhail, tapi...

Mikhail adalah pembunuh upahan. tidak, dia tidak di upah. dia diarahkan melakukan pembunuhan. membunuh orang-orang yang pernah menghancurkan keluarganya. tapi dia sering berdelusi, tentang Tahir, tentang Mahmud. siap mereka?

Mikhail, sharp shooter, tak pernah missed tembakan di kepala, dengan killer signature, not 1USD. tapi, mengapa Raihanna tidak mampu dibunuh oleh Mikhail? dan Mikhail diburu oleh pemangsa lain. siapa? Mikhail dituduh membunuh mereka yang tidak dibunuhnya. siapa yang membunuh?


novel ni, untuk orang yang mahu berfikir sahaja. dan sukakan cabaran, sukakan pengetahuan. banyak sangat pengetahuan yang aku dapat dengan membaca novel ni.

novel ini tidak mengecewakan aku sama sekali. padat thriller, romantis pun ada, tipu daya, konflik.
sinopsis belakang buku:
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

buku baru di rak

dah lama aku tak ngomen buku-buku yang aku baca skang.. takder masa.. ok, rasanya perlu ngomen semula.. tunggu, akan aku komen buku2 yang terdahulu..


terbaru, inilah buku untuk di baca.. kali ni tak sangka ada buku omputih masuk senarai. mungkin sebab rasa dah lama sangat tak mengasah penguasaan bahasa inggeris aku. jadi, kenala baca buku berbahasa inggeris. mungkin take time untuk di habiskan. mungkin agak lama sampai giliran 'dia'...


baru habis di baca- Mantera Hitam; penulis Serunai Faqir terbitan Alaf21.


sedang dibaca dan masih kusyuk- Mikhail: Ramlee Awang Mursyid terbitan Alaf 21.


giliran seterusnya- mungkin Cinta kau dan aku; sebab dah lama skip buku cinta.. semuanya Fiksyen dan thriller..