Tuesday, October 13, 2009

Teluki itu Untuk Aku



Judul: Teluki Itu untuk Aku
Penulis: Nazawati
ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
Harga pembelian melalui pos: RM17


***************************************


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti


Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?


Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan


Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?


*************************************************************


Komen aku:


I love this story. Jalan cerita nya lain. Sangat berlainan, dan garapannya sangat best. Mengenai seorang 3 sahabat yang berpecah akibat sengketa keluarga dan fitnah. Akhirnya antar 3 shabat itu, 2 shabat berkahwin (terpaksa) kerana ditangkap basah. Si lelaki sangat kurang ajar, asyik mendendami si wanita. Sedih.kata-katanya pedih. Sudahla bertemu di rumah, di office juga mereka adalah teman sekerja yang tidak pernah damai. Perangnya menakutkan.kata-kata lelaki itu menyakitkan. Serius. Akhirnya satu-satu eprkara yang terpendam terbongkar. Rupanya sahabat ke-3 ada masalah emosi. Dia yang inginkan si wanita, cuba perangkap wanita untuk berkkahwin dengannya tetpai tertangkap dengan si lelaki. Rupanya ayah sahabat yang ke 3 yang membuat onar ke atas keluarga mereka. Sedih mendengar kebenaran. Cerita ni best. Bercampur baur. Tak rugi baca.


No comments: