Tuesday, October 13, 2009

Kemilau Mutiara Raudhah



Judul: Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis: Saidatul Saffaa
ISBN: 978-967-5118-25-8
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM20.00


*******************************
(Bayaran pos percuma dalam Malaysia)


Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?


*****


Komen aku:


Selamat menghabiskan naskah pertama dari Saidatul Saffa semalam. Komen? Erm, aku dah pernah baca jalan cerita yang sebegini. Tentangs eorang lelaki yang bernama Izzat, yang terpesong dari ajaran Islam,cuba kembali ke jalan yang benar kerana seorang wanita, Raudhah,sigadis bermata hijau (mix).



Raudhah adalah tunangan Izzat sejak lama, tanpa pengetahuan dua pihak. Raudhah menerima Izzat sebagai calon suami tetapi bertukarfikiran bila Nampak Izzat dipeluk oleh perempuan lain. Sakit hati, raudhah menyambung study dalam bidang perubatan di Scotland. Selepas dua tahun, Raudhah setuju dinikahkan dengan pilihan datuknya tanpa melihan atau bertanya siapa calon. Dia dinikahkan dari jauh,di Malaysia. even web cam pun raudhah tak on. Dia redha sebab adh buat solat istikharah. Izzat tanpa mengetahui, dia akhirnya dinikahkan dengan Raudhah, kemudia ke Soctland,buat kejutan. Raudhah tidak dapat menerima Izzat sebagai suami.berbagai hinaan di lemparkan. Izzat dah jauh berubah, tapi raudhah tidak Nampak itu. Ok,, finallay, raudhah terima Izzat selepas dia hampir dirogol. Baru sedar diri.



Cliché. Sorry to say. Raudhah digambarkan sebagai perempuan yang mentaaati agama Islam, tapi mengabaikan sesuatu yang sangat besar, menyakitkan hati suami- sungguh tak wajar. Dia kurang ajar, meninggikan suara dan asyik mempertikaikan takdirnya yang berkahwin dengan Izzat. Pelik. Bukannya dia tidak dididik dengan ajaran Islam, mentaati suami itu wajib, tapi kenapa dia seperti tidak berugama? Kenapa dia asyik mempertikaikan Izzat, seperti dia sangat suci dan baik, beragama, dan Izzat adalah orang yang sangat keji? It looks like Raudhah ni macam typical perempuan alim. Yang merasakan dia sangat bagus dan memandang orang lain tidak sebaik dia.


2 comments:

yaya said...

best buku ni yea???last jumaat tgok dis book kt kedai buku..then, org kt kdai tu ckap best tp i xamik jugak..then spanjang i duk belek2 buku2 kat c2, dah 2 org amik beli buku tu...hmmm, tp i xjugak tlintas nk bli..dlm ati trtanye2 betul2 best ke????hrrmmm, nmpak gaya kna carik jugak la ni...:-)

p/s:-thanx 4 da review yaa....

QZi said...

I don't like the character Raudhah. Like you said, mcm perasan bagus. Just an opinion. No offence.