Thursday, April 9, 2009

Pesta Buku 2009




Pesta Buku, atau nama cambestnya KLBF 2009 datang lagi menjengah peminat buku sekalian.. ni lah masanya untuk kita ber shoping buku sakan. Sape yang duk teruja nak jumpa penulis kegemaran, jangan lepaskan peluang!
Tahun lepas aku ada pergi juga Pesta Buku ni. Sempat berjumpa John Norafzan, kak Noor Suraya ( ya Allah, kak su ni baaaik n sweet sangat. Rasa cam nak peluk jerr), dan sudah tentulah Ramlee Awang Mursyid. Time tu aku sempat tanya buku terbaru dia, dia jawab, ‘pernah dengar tentang seorang Mikhail?’. aku tergamam, soklan mencabar minda aku. Nasib aku tak jawab, ‘saya takder kawan nama Mikhail, mata kail saya kenal lah’.. masa tu cuak jer. Ntah naper ntah.macam bongok gak.. hehehe..
Oh, by the way, jangan lupa untuk pergi ke Pesta Buku. Tak rugu habiskan duit untuk buku, sebab ilmu yang kita dapat tak ternilai harganya. Lagipun, simpan resit la untuk claim dengan LHDN.lagi best, ada sesetengan company ada bagi elaun untuk beli buku. Macam Bank Negara. Oh! Kena hantar resume ni. Alamak, dah lari tajuk.
Ok, seterusnya, Pesta Buku ni start pada 17 April sampai 26 April, di PWTC. Take time untuk tawaf satu PWTC.. tak rugi.. buku jual murah2 punya…
Untuk peta kawasan dan detail, klik di sini
http://klbookfair.com/index.php/

No comments: