Saturday, April 11, 2009

Mantera Hitam


Tajuk: Mantera Hitam

Penulis: Serunai Faqir

terbitan: Alaf 21

harga: rm16

tebal:402


sinopsis belakang

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.
Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.
Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah. Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.
MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!?

Serunai Faqir adalah nama baru dalam dunia buku aku. mungkin dia ada menulis dan buku lain sebelum ini, mungkin terbitan lain. mungkin bukan genre kegemaran aku. aku pilih buku ni di rak Mph untuk dimuatkan dalam rak buku aku kerana genre nya; fiksyen.

secara asasnya cerita ni banyak bermain dengn putaran masa dan dua dunia. bermain dengan spirit of coin menyebabkan syaitan yang terkurung terlepas bebas. aku suka dengan imaginasi si penulis yang membayangakn dunia syaitan ni moden juga, macam dunia kita, mereka juga menggabungkan sihir dan kemodenan demi untuk menyesatkan anak-anak Adam. bagus la. aku pun suka membayangkan apa yang akubaca. justeru, akudengan bestnya membayangakan dunia Marqo, dunia Alora dan dunia Marcel.

bagaimana pertarungan antara jin kafir dan jin Islam. juga penglibatan budak2 tersebut.

garapan penulis bagus. clear. banyak juga ilmu yang general yang aku dapat daripada novel ni. dan aku pasti sesangat, novel ini akan ada sambungan nya. sebab pertarungan yang agung tidak berlaku. ia tamat dengan kesudahan yang belum selesai.

serunai faqir boleh ditemui di blogspot dia:


ketikamembaca.blogspot.com