Wednesday, April 8, 2009

Cinta Kau dan Aku

Buku ni tebal. Aku dah lama tak baca buku cinta. So, buku ni jadi pilihan setelah habis melampiaskan rindu pada buku-buku RAM, Mikhail yang bercorak thriller.
Mengisahkan Farisya ( aku tak suka nama ni; terlalu over untuk orang kampong). Farisya seoarang yang agak tomboy setelah ayahnya meninggal dunia. Pergi KL untuk kerja. Minta kerja sebagai Driver di sebuuah company kepunyaaan Farish (eh, macam nama cat Farish). Okey, dipenddekann cerita, Farisya dapat jadi driver sebab Farish rasa Farisya ni sangat comel. Dan Farisya ini digambarkan sangat cantik, sampai semua orang nak ngorat ( oh, stereotaip betul). Farish pon suka dia juga dan sanggup menerima wasiat mak Farisya untuk Kahwin ngan Farisya (ceh, emak farisya ni tak sedar dek untung tul, boleh pulak sesuka buat wasiat suruh bos Kahwin ngan anak dia). Farisya cuba lari dari wasiat dengan wat plan untuk kawin ngan kawan dia dr kecik, tapi gagal. Akhirnya Kahwin jugak dengan si Farish. Awal perkahwinan, semua baik. Cuma farish suka mengongkong dan sangat cemburu. So, tak bagi farisya kerja dan kuar jalan. Adik farish balik dari oversea dan cuba memecah belahkan mereka. Farish baran. Termakan la umpan adiknya. Menceraikan si Farisya. Bolak balik, mereka besatu semula.. sila baca sendiri macam mana mereka bersatu balik. Penatla.

Cerita yang bagi aku kurang logik sikit. Menyampah la pulak asyik bercanda je si farish dna farisya ni. Keadaan romantic mereka di gambarkan dengan berlebih—lebihan. Sampai aku naik muak. Mula-mula seronok gak baca. Lama-lama bosan la. Aku skip je part2 romatik terlebih sudah tu… sesungguhnya buku ini langsung tak mengembangkan minda aku. Ia nya sekadar buku yang lebih sesuai untuk gadis pingitan yang menunggu lamaran dari orang kaya. Compare dengan buku –buku Noor Suraya, banyak ilmu yang aku boleh dapat secara tidak langsung.
Kesimpulannya, apa yang aku boleh komen buku ni, boleh la. Cuba lagi. Cuba berikan sedikit ilmu kepada pembaca, bukan sekadar jalan cerita semata-mata.

5 comments:

Norha said...

aku pun dh bace citer ni.. sungguh aku bersetuju ngan pendapat kamu.. hey, byk babak tak logic n terlebih sudah.. yerla, PART mak dia baru jer jumpe ngan farish, terus jadi anak angkat..siap ader part kiss2dahi lagi..tak senonoh betul.. bukan ke mak dia digambarkan seorg yg beriman..tak kan tak tahu hkum, haram bagi yg bukan muhrim buat babak tak seswei cenggitu..lago tak pasal2,siap ngaku anak angkat tuh.. tensen betul bace citer yg tak kembngkan minda ni.. (actually bantu aku kembangkan badan jer)..lagi..part farisya yg tak mampu nk maafkan, bile ader babak eksiden, boleh plak meraung cam babak dlm citer hindustan..aku rase the writer ni byk sgt tgk citer hindustan.. ish ish ish.. then stail tomboy yg digambarkan pun.., entahla..sumthing is really funny there..its really awkward.. huahuahua..cam cilok hindustan gak..huhu..aku rase penulis ni kene rajin sikit wat research..aku dh lame tak kembali bace malay novel..lately ni, rase nk bace..n this book really dissappoint me..n most of the part.. the romantic part.. really terlebih.. mual sungguh ngan ayatnyer.. aduih.. sungguh seswei pade anak dara pingitan yg mmg bercita2 nk jadi isteri org kaye..huhu..sorry. out of five, 1.5 from me. err..boleh jual balik tak buku ni???anybody...???

Anonymous said...

salam...aku dah baca dah novel ni... bg aku citer ni best sgt2 sbb in real life benda macam ni mmg benar2 berlaku... mebi sbb aku dara pingitan lg kot... hehe... tp ketahuilah korang bahawa cerita macam ni la yang mendapat sambutan... tak percaya? kalau tak, takkanlah dapat bestseller novel kat MPH & Popular... pastu dah nak masuk cetakan yg ketiga...heheh... novel lain nk jual pun payah... apa kata korang stick bace novel thriller jer, ok...daa~~~

Anonymous said...

Apa kata korang try baca novel Akhir Sebuah Cinta oleh Siti Nur Dhuha (Buku Prima Sdn Bhd)... Korang pasti tak menyesal... Serious... Berita Harian pun bagi 5 bintang... mmg tak rugi beli. Ceritanya tak terlalu jiwang n korang mesti tergelak la baca novel tu. Ada berani? Cubalah!

Anonymous said...

haha,cam kelakar baca korang punye komen..sebenarnya aku ni pun hantu novel tahap melampau terutamanya novel-novel cinta..aku suka kritik lepas aku baca..aku dah baca buku ni..bagi aku bes cuma aku pun setuju gak ngan pendapat korang,ada ke patut baru jumpe jadi anak angkat..huhu harunya..kalau mak aku orang camtu, rasanya dah lama aku kawin ngan anak orang kaya.tapi trus trang la, aku suka gak la citer ni kalau kita edit2 sikit..hehe (edit sendiri beb)actually aku memang tak suka nama hero dan heroin yang lebih kurang sama..farish fariya,amir amira,sofia sofian..eeeeee.by the way, penulis adalah seorang lawyer..apa-apa pun cuba baca novel belaian jiwa alaf21 bagi yang tak baca lagi.bagi aku bes.realiti kehidupan..

Rahimahullah said...

Salam. Aku pun tak suka cerita ni. Aku paling menyampah bila digambarkan watak Farisya ni tersangatlah cantiknya. Beberapa kali aku baling novel tu sebab sangatlah tidak dapat diterima dek akal. First time dalam sejarah hidup aku, aku baling novel. Bahasa kasar yang memang dibuat2, kununnya potray kan seorang tomboy.Argh..!!! mengapa aku beli novel itu?