Friday, March 27, 2009

Mikhail - Ramlee Awang Mursyid


Tajuk: Mikhail
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Terbitan: Alaf 21
Harga: rm19.90
Rate: 4 bintang
Halaman: 512


sudah habis baca MIKHAIL!! perghh. selesai pada jam 7.55am pada 27 March 2009, sambil berdiri menunggu train ke opis. gagah betul aku.


Mikhail, bukan sekadar nama. betul, Mikhail adalah pengambil nyawa. bukan satu Mikhail, tapi...

Mikhail adalah pembunuh upahan. tidak, dia tidak di upah. dia diarahkan melakukan pembunuhan. membunuh orang-orang yang pernah menghancurkan keluarganya. tapi dia sering berdelusi, tentang Tahir, tentang Mahmud. siap mereka?

Mikhail, sharp shooter, tak pernah missed tembakan di kepala, dengan killer signature, not 1USD. tapi, mengapa Raihanna tidak mampu dibunuh oleh Mikhail? dan Mikhail diburu oleh pemangsa lain. siapa? Mikhail dituduh membunuh mereka yang tidak dibunuhnya. siapa yang membunuh?


novel ni, untuk orang yang mahu berfikir sahaja. dan sukakan cabaran, sukakan pengetahuan. banyak sangat pengetahuan yang aku dapat dengan membaca novel ni.

novel ini tidak mengecewakan aku sama sekali. padat thriller, romantis pun ada, tipu daya, konflik.
sinopsis belakang buku:
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

9 comments:

zura halid said...

buku RAM memang blm ada yg mengecewakan. tak sabar nk mendapatkannya!mungkin ada di KL International Book Fair, April ini...boleh jumpa RAM sekali...hehehe

Anonymous said...

x sempat baca lg buah tgn tbaru mr.ramlee ni...tp br lepas bc hatiku di harajuku...he, lambat sket.

tp kalo pasan, hero mr.ramlee mmg selalu anak melayu yg cekal...cam hilman,ryu-watanabe,tombiruo...
=p

Anonymous said...

1st time aku habis baca buku RAM. selama ni tak pernah habis..aku tak berapa gemar novel thriller. tapi buku mikhail ni bes gak ar.

Anonymous said...

salam...ye la,sume karya ramlee awang mursyid mmg best. karya beliau membuatkn kt sume berfikir,hanya org yg suke befikir je yg mampu bc karya beliau.

Anonymous said...

salam...ye la,sume karya ramlee awang mursyid mmg best. karya beliau membuatkn kt sume berfikir,hanya org yg suke befikir je yg mampu bc karya beliau.

azie said...

padat dgn pemikiran & pengetahuan...

illaaa said...

weii.. buku ni aku dah baca... memang la best.. tapi bosan laaaa....... tapi korang tahu apa yang aku duk bosankan???? aku bosan coz tiap kali aku g kedai buku ni, mesti aku duk tanya, buku karya RAM terbaru dah kuar lum??? sampaikan adik yang jaga kat kedai buku tu dah kenal sangat2 aku ni... kikikikik aku dah termalu sebenarnya nak ke kedai tu, ye la asyik muka aku je.. tapi aku redahkan jugak demi RAM ku yang tercinta...tapi kali ni aku diam je sambil2 mata duk melilau2 cari buku RAM.. korang nak tahu apa??? tetiba je adik kedai tu kata, buku RAM terbaru selepas mikhail belum ada la kak.. aku pun wat la muka ayu dan terus kuar dari situ.. hasrat murniku diketahui orang rupanya... gua sudah malu... kua kua kua

illaa said...

cik RAM.. cepatla kuarkan buku baru...tolooooonnngggg laaaaa.. saya dah tersedih niii.. tapi kan, saya nak doakan utk en RAM la, moga Allah akan terus mencurahkan idea yang beterusan dan best2 utk en RAM... moga DIA juga memberikan masa dan kelapanga jiw kepada en RAM sentiasa...amiiiiinnnnn

Anonymous said...

Salam,Tuam RAM...
n0vel terbaru bilanya nak keluar..??
katanya 'SUTERA BIDADARI'..hee..
cerita tentg Laksamana Sunan lnjutan dripada n0vel sebelum ini iaitu 'Cinta Sufi'..

Best gile cite 2..x sabar dah nak bace ni..he3
anyway,sume n0vel2 Tuan RAM best2 gler n hebat2 bleke...ha3...