Tuesday, December 16, 2008

Enigma


Percutian enam sahabat bersama seorang jurupandu ekspedisi di Hutan Pedu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka iaitu Razif dibunuh secara misteri. Enigma terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dalam usaha mencari watak sebenar yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan - manusia atau makhluk misteri yang menghuni rimba berkenaan?


baru sahaja habiskan buku ni malam tadi. buku yang paling aku cepat habiskan sebab tak sabar nak tahu apa yang terjadi. apa yang sebenarnya berlaku di hutan Perdu tu. Makhluk apa yang menyerang mereka?? memang suspense. penulis membawa kita kembali ke setiap history setiap watak. dari situ kita was-was, siapa pembunuh? makhluk lain atau sesama mereka? semua mampu membunuh. jurupandu, si Lokman pernah ditahan sebab membunuh 3 perompak dengan kejam. rina, ada penyakit sleepwalker dan pernah mencucuk ibunya dengan gunting dlam tidor dan tidak siapa pon sedar tentang itu kecuali ibu bapanya. Aisyah, mangsa rogol ayah sendiri, hampir irogol oleh Razif dan tujuan utama ke perdu adalah untuk membunuh Razif!. razif, anak Dato' yang gatal, pernha cuba merogol aisyah, menerima rasuah,memeras ugut Syukri dan meminjam dengan along. syukri, pernah menjual dadah kerana tamak, insaf setelah Allah selamatkan dari ditangkap polis sebab tayar motor pancit dan tidak dapat hadir untuk berjumpa dengan dealer tepat apda masanya dan Razif minta duit jika tidak mahu dia melaporkan pada polis. tujuan Syukri ke ekspedisi untuk bunuh Razif. Suria, mangsa saka keluarga, menyertai kerana ingin menyemarakkan hubungan cinta dengan Razif. dan Zilla, gadis yang berperanagi lelaki adalah orang yang mengetahui semua rahsia. masing-masing punya tujuan.seorang demi seorang mati dibunuh. modus operandi sama. seolah-olah dibaham makhluk yang dasyat. tapi, anda pasti tak sangka pemangsa sebenarnya. puas hati baca buku ni!

Teratak Kenari


Rumah banglo, hadiah pemberian ayah sempena perkahwinan Zakuan dan Noridah menghilangkan kemanisan bulan madu mereka. Bunyi suara orang bertengkar dan kemunculan gadis dahi berlubangmengganggu emosi Noridah. Malah dia turut dirasuk dan berdialog dengan gadis itu. Bomoh yang mengubati Noridah turut tewas.


aku dah lama baca novel ni. tapi isi novel ni masih jelas terpahat sebab aku mengigau jugakla lepas baca buku ni. sebab cara penulis ni menceritakan apa yang terjadi siap describe punyalah details sampai aku terbayang-bayang. aku boleh terbayang perempuan yang berdahi lubang ti kat dalam toilet aku. memang scary la.. lepas baca buku tu, aku akan terlangkupkan buku tu sebab tak mampu tengok cover dia. lepas jer habis baca, aku sipan buku ni siap2 dalam kotak supaya tak terbayang hantu tu. huhuhu

Monday, December 15, 2008

Seteguh Fikrah Saleha


Baru sahaja selesai mengahabiskan Seteguh Fikrah Saleha tulisan Aminah Mokhtar. Sejujurnya, aku tidak sabar untuk mengahabiskan buku ini. Aku seolah-olah macam dah malas nak menatap semanagt nenek moyang Saleha. Bukan tidak bagus, tapi bagi aku macam terlalu tinggi semangat Si Saleha. Seumpama terlalu sempurna. Dan aku benci sebuah kisah novel yang sempurna.okey, sebelum aku kupas dank omen lebih lanjut, ini synopsis cerita ni.
Saleha, seorang gadis dari tanah Felda yang keluar dari university, tidak mempunyai pekerjaan, akhirnya bekerja dengan Pak Long Syawal nya yang lebih sennag dipanggil Datuk Syawal oleh kaum keluarga sendiri. Syawal sangat tamak. Dia membeli semua tanah keluarga dan menjual semula kepada orang luar. Tanah keluarga dijual tanpa persetujuan ahli keluarga. Saleha berhenti kerja sebab tidak mampu mengikut telunjuk Datin, isteri Datuk Syawal yang melanggar syarak. Saleha mulakan perniagaan sendiri dengan modal dari atuk, dari Enom (sepupu yang bekerja di arab Saudi 10 tahun demi menyara keluarga, malangnya di hina dna dicemuh oleh ahli kelurga sendiri). Syarikat saleha berjaya, dari sebuah syarikat Sdn. Bhd menjadi konstorium. Enom pemegang saham terbesar. Sangat-sangat berjaya syarikat saleha. Saleha beli balik tanah-tanah yang tergadai kerana semangat nenek moyang. Kerana nak menjaga maruah.
Yang membuatkan aku semakin sangap dengan cerita ni sebab Saleha tidak habis-habis bercerita tentang pengorbanan nenk moyang nya. Kisah yang diulang-ulang dalam novel ni. Sangap. Atuk nya juga mengulang kisah yang serupa. Sangap lagi. Syarikat saleha ynag maju tanpa sebarang halangan dan dugaan. Wahh.. kagum betul. Halangan yang ada Cuma datang dari Athirah,, anak datuk Syawal. Cerita ni seolah-olah mengatakn di Felda tu, hanya ada keluarga Saleha sahaja. Waa. Kagum lagi. Tapi ada satu amalan Saleha yang asyik diulang cakap dalam buku ni yang buat aku terpikir dan terdetik ‘ insyaAllah, itulah yang aku lakukan nanti untuk mak n engku’. adamalan membayar bil elektrik Surau atau Masjid bagi pihak mereka yang sudah meninggal dunia, terutama ibu dan bapa kita. Kenapa? Sebab Nabi Muhammad pernah berkata, barang siapa yang menyemarakkan cahaya surau dan masjid, nescaya kuburnya akan cerah. Jadi, sahabat-sahabat pun berlumba-lumba bawak pelita ke surau dan masjid sebab zaman tu mana ada elektrik lagi kan? Jadi, di zaman kita ni, baguslah jika kita membayarkan bil elektrik surau dan masjid bagi pihak arwah.. insyaAllah, itulah adalah antara amalan yang dibawa bekal sesudah mati selian doa anak yang soleh, ilmu yang berpanjangan..

Salju Sakinah


Salju Sakinah, kaya Zaid Akhtar mengisahkan tentang Sumayyah pelajar jurusan agama yang menuntut di Jordan. Sumayyah digambarkan sebagai wanita yang sederhana sahaja. Paras rupa tidakla secantik bidadari, tapi mempunyai akhlak yang baik. Aktif berpesatuan dan bijak berkata-kata. Semester terakhir Sumayaah berakhir dengan tenang, dan dia pulang keMalaysia dengan yakin dia akan lulus. Sebab dia dah tengok markah nya sebelum pulang ke Malaysia. dia tak sanggup tinggal lama lagi di Jordan sebab dah lama tak pulang ke Malaysia. sesampai di Malaysia, baru dia tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dia balik ke maalysia, ketika dia sedang sibuk menduduki peperiksaan Akhir. Sedih hati. Dia diminya mengambil alih perniagaan kerepek ayahnya. Walaupun berat, sebab bukan itu jurusan yang diambil ketika belajar di Jordan, tapi amanat ayah diturutkan. Turut membantu Sumayyah, Muazam. Seorang lelaki yang dipercayai ayahnya seratus epratus. Berbagai ujian sumayyah lalui. Masalah keluarga, kakak suungnya terlibat dengan ajaran sesat dek penangan suami sendiri. Akhirnya, abang ipar sumayyah dipanah petir dan mati. Allah masih sayangkan kakak sumyyah, dan diberi peluan taubat. Perniagaan sumayyah didengki orang. Namun berkat kesabaran dan ketabahan sumayyah semua nya dapat diatasi. Lukman, sahabat lama sumayyah datang membawa hasrat hati, namun hati sumayyah tdiak terbuka sebab pernah di lukai Afnan, setelah sekian lama berkawan. Puas dibuat solat istiharah, akhirnya hasrat Lukman ditolak dan cuba dipadankan dengan sahabat baik Sumayyah sendiri. Sumayyah diduga lagi, keputusan terakhirnya gagal. Dia gagal menjadi graduan. Sedih hati lagi. Terpkasa pulang ke Jordan dengan perasaan yang sangat-sangat malu. Di sana, Naaufal, pelajar Master melamar Sumayyah. Sumayah buat solat istiharah dan minta nasihat uminya. Mereka berkahwin dan menjalani hidup sebagai suami isteri.
Jujurnya, sangat-sangat suka perwatakan sumayah. Dia tak perfect. Walau dia bertudung labuh dan penuh ilmu, kadang-kadang sumayyah tergelincir juga hatinya. Hatinya ada juga merungut aau mengutuk sesuatu. Dia tegas. Bukan lemah lembut gemalai sampai kena ikut segala kata orang lain. Mungkin bagi sesetengah orang, cerita ni terlalu bersifat keagamaan. Bagi aku tak. Ia menenangkan. Ia cerita satu kehidupan yang normal dan nyata. Paling ketara bila sumayyah gagal ujian akhirnya. Ia pernha berlaku pada aku, dikala-kala aku yakin aku lulus semua. Allah maha besar, semuanya boleh terjadi bila Dia kata kun faya kun.