Wednesday, November 26, 2008

Bila Nysrah kata Tak Mahu


Bila tengok tajuk buku ni,ingatkan buku ni macam cerita-cerita ringan. Tentang pelajar yang meningkat dewasa, yang melalui zaman remaja. Tapi rupanya, hanya 10% betul telahan saya. Secara umumnya, buku ini tentang Nysrah yang terpaksa naik keretapi malam dari Kelantan dan tiba di negeri Sembilan pukul 5 pagi. Diganggu oleh orang yang mabuk,yang hampir mencabul dia. Mengadu pada warden, dan guru penolong kanan tapi tiada tindakan diambil. Minta tolong pada jaga sekolah, tapi lain jadinya. Nysrah dirogol oleh jaga sekolah sendiri! Saya tidak sampai hati nak baca buku ni sebenarnya. Memang, itulah hakikat yang boleh berlaku dan mungkin berlaku kepada pelajar sekolah. Tapi saya seorang perempuan. Membaca kisah-kisah rogol dari perspektif seorang lelaki, bagi saya terlalu berat. Sakit jiwa saya membayangkan Nysrah dirogol.pilu hati saya bila Nysrah disahkan mengandung! Lagi kecewa saya bila tiada orang dewasa yang ambil berat tentang hal seorang budak remaja yang baru nak mengenal dunia. Buku ini boleh dijadikan pedoman untuk guru, ibu bapa dan pelajar sendiri; dan saya juga. Mengingatkan saya, siapa lagi yang boleh jaga diri saya, jika bukan saya sendiri.

Tuesday, November 11, 2008

Panggil Aku Dahlia


Finally, habes jugak "Panggil Aku Dahlia".. ditulis oleh Kak Su ( Noor Suraya). lama menanti novel kak su keluar, dan penantian tu memang berbaloi.. novel yang mantap. yang buat aku tak terlelap mata dalam bus sebab teringin nak tahu apa yang bakal terjadi pada Putri Dahli dan Wadi yang sangat-sangat Dahlia benci.. Sabarnya Dahlia dengan bermacam-macam dugaan dari Allah. Kuatnya hati Dahlia yang menanti Wadi mencintai Dia kerana Dia bukan kerana Dahlia.. memang puas hati.

Monday, November 3, 2008

Bukan Yang Pertama


Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.


baru selesai habiskan buku ni setelah agak lama tertangguh. cerita yang agak berat, sarat dengan ilmu. sungguh sarat dengan emosi. kadang-kadang terpaksa menahan air mata sebab dalam public trasnport. ulasan-ulasan dan cerita zaman Rasulullah benar2 buat saya menimba ilmu sepenuhnya. terasa ceteknya ilmu saya selama ini. paling terkesan di hati saya, hadith yang menyebut pesanan seorang ibu kepada anak perempuannya yang baru berkahwin. bagi saya, buku ni ditulis dengan penuh teliti,bukan mainan perasaan atau sambil lewa.