Friday, October 31, 2008

Surat Ungu Untuk Nuha


kalau cinta itu ada sayapnya...

terbanglah dan hinggaplah di hati dia

berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku

berbisiklah tentang rasaku yang satu

serulah kepadanya

Cinta, sapalah dia

Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah

Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!


Alang Rebus Tak Empuk! sungguh kelakar gelaran tu. some sort like 'Budak Tak Makan Saman'.. aku tertarik dengan buku ni sebab nama watak utama, 'Nuha'.. sebab kawan aku baru tukar nama kepada Nuha, dan nama tu bagi aku sangat pelik. dan aku tertarik sebab ad novel bertajukkan nama dia.. Nuha dalam citer ni macam Nuha kawan aku. not so preety, tapi firm (kadang-kadang). susah nak percaya lelaki. boyish. bab agama, cetek sikit. hehhe. tapi deep in her heart kita tau hati dia.. dan Alang yang susah berkata-kata..

Zahrah de Tigris


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.


membaca buku ni buat aku tertanya-tanya, penulis ni benar-benar berada di Baghdad ker? benar-benar berada di lapangan peperangan ke? sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. cerita ni kaau dihayati, dibaca dengan penuh hati dan prihatin, boleh kita bayangkan diri kita sendiri yang mengharung episod berdarah di Baghdad. kenapa kita sambut Hari Syura? apa yang terjadi ketika kita bersuka ria menyambut Valentine? semua di sini. buat aku insaf dan gugup seketika

Labyrinth


Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!
Kamal: Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?
Dani: Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?


Labyrinth di tulis oleh Imaen. cerita thriller, my favourite. digarap penuh dengan kehalusan. mungkin ada sedikit kepincangan kalau mahu dibandingkan dengan Ramlee Awang Mursyid, penulis kegemaran aku. Bahasa Imaen kadang-kadang agak susah difahami. its a good try. worth to have it

Gurindam Jiwa

Ceritera 1: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
Ceritera 2: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya."Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."
Ceritera 3: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara

buku ni 3 in 1. dalam 1 buku ada 3 penulis. 3 cerita. berbagai watak. berbagai ragam. berbagai peristiwa. berbagai plot. banyak iktibar.

5 Tahun 5 Bulan


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu... Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey. Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....


aku dah baca novel ni lebih terdahulu di internet, di blog Hlovate (hlovatehikayat.blogdrive.com).. cerita dia easy going tapi penuh dengan knowledge.. dari sini aku dpat tau yang kalau kita demam, jangan berselimut coz it will gettting worst. bukak selimut, bukak kipas kuat2, letak ais satu badan, so haba yang terperap dlam badan boleh kuar.. nice story, citer orang kebanyakan, citer realiti. itulah Hlovate..

Permulaan

Assalamualaikum & Hola..
since aku sangat suka membaca, aku rasa ada baiknya aku kongsi ilmu dan sinopsis dari buku dan majalah dan komik yang aku pernah, tengah dan akan baca. biarlah ilmu yang aku dapat tu dikongsi bersama umat yang lain.semoga lebih diberkati.

Thursday, October 30, 2008

Buku Baru di Rak Saya


buku-buku yang masih dalam penantian untuk dibaca.. mostly bertemakan Islamic. entah kenapa lately suka sangat cari buku-buku macam ni.maybe dah ada cahaya keinsafan dalam diri aku. tapi tak dapat nak baca buku yang straight dakwah sebab agak berat. so, start perlahan-lahan. buku camni pun boleh bawak ke jalan kebaikan jika dihayati dan di amalkan kan? buku-buku PTsS Publication banyak bertemakan Islam. Buku terbaru yang aku beli ni adalah:



  • Bukan Yang Pertama oleh Salina Ibrahim (sedang di baca dan dicerna, cuba menghadam)


  • Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar


  • Seteguh Fikrah Saleha oleh Aminah Mokhtar


  • Enigma ( Buku Prima) oleh Nasron Sira rahim