Monday, December 15, 2008

Seteguh Fikrah Saleha


Baru sahaja selesai mengahabiskan Seteguh Fikrah Saleha tulisan Aminah Mokhtar. Sejujurnya, aku tidak sabar untuk mengahabiskan buku ini. Aku seolah-olah macam dah malas nak menatap semanagt nenek moyang Saleha. Bukan tidak bagus, tapi bagi aku macam terlalu tinggi semangat Si Saleha. Seumpama terlalu sempurna. Dan aku benci sebuah kisah novel yang sempurna.okey, sebelum aku kupas dank omen lebih lanjut, ini synopsis cerita ni.
Saleha, seorang gadis dari tanah Felda yang keluar dari university, tidak mempunyai pekerjaan, akhirnya bekerja dengan Pak Long Syawal nya yang lebih sennag dipanggil Datuk Syawal oleh kaum keluarga sendiri. Syawal sangat tamak. Dia membeli semua tanah keluarga dan menjual semula kepada orang luar. Tanah keluarga dijual tanpa persetujuan ahli keluarga. Saleha berhenti kerja sebab tidak mampu mengikut telunjuk Datin, isteri Datuk Syawal yang melanggar syarak. Saleha mulakan perniagaan sendiri dengan modal dari atuk, dari Enom (sepupu yang bekerja di arab Saudi 10 tahun demi menyara keluarga, malangnya di hina dna dicemuh oleh ahli kelurga sendiri). Syarikat saleha berjaya, dari sebuah syarikat Sdn. Bhd menjadi konstorium. Enom pemegang saham terbesar. Sangat-sangat berjaya syarikat saleha. Saleha beli balik tanah-tanah yang tergadai kerana semangat nenek moyang. Kerana nak menjaga maruah.
Yang membuatkan aku semakin sangap dengan cerita ni sebab Saleha tidak habis-habis bercerita tentang pengorbanan nenk moyang nya. Kisah yang diulang-ulang dalam novel ni. Sangap. Atuk nya juga mengulang kisah yang serupa. Sangap lagi. Syarikat saleha ynag maju tanpa sebarang halangan dan dugaan. Wahh.. kagum betul. Halangan yang ada Cuma datang dari Athirah,, anak datuk Syawal. Cerita ni seolah-olah mengatakn di Felda tu, hanya ada keluarga Saleha sahaja. Waa. Kagum lagi. Tapi ada satu amalan Saleha yang asyik diulang cakap dalam buku ni yang buat aku terpikir dan terdetik ‘ insyaAllah, itulah yang aku lakukan nanti untuk mak n engku’. adamalan membayar bil elektrik Surau atau Masjid bagi pihak mereka yang sudah meninggal dunia, terutama ibu dan bapa kita. Kenapa? Sebab Nabi Muhammad pernah berkata, barang siapa yang menyemarakkan cahaya surau dan masjid, nescaya kuburnya akan cerah. Jadi, sahabat-sahabat pun berlumba-lumba bawak pelita ke surau dan masjid sebab zaman tu mana ada elektrik lagi kan? Jadi, di zaman kita ni, baguslah jika kita membayarkan bil elektrik surau dan masjid bagi pihak arwah.. insyaAllah, itulah adalah antara amalan yang dibawa bekal sesudah mati selian doa anak yang soleh, ilmu yang berpanjangan..

No comments: