Monday, December 15, 2008

Salju Sakinah


Salju Sakinah, kaya Zaid Akhtar mengisahkan tentang Sumayyah pelajar jurusan agama yang menuntut di Jordan. Sumayyah digambarkan sebagai wanita yang sederhana sahaja. Paras rupa tidakla secantik bidadari, tapi mempunyai akhlak yang baik. Aktif berpesatuan dan bijak berkata-kata. Semester terakhir Sumayaah berakhir dengan tenang, dan dia pulang keMalaysia dengan yakin dia akan lulus. Sebab dia dah tengok markah nya sebelum pulang ke Malaysia. dia tak sanggup tinggal lama lagi di Jordan sebab dah lama tak pulang ke Malaysia. sesampai di Malaysia, baru dia tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dia balik ke maalysia, ketika dia sedang sibuk menduduki peperiksaan Akhir. Sedih hati. Dia diminya mengambil alih perniagaan kerepek ayahnya. Walaupun berat, sebab bukan itu jurusan yang diambil ketika belajar di Jordan, tapi amanat ayah diturutkan. Turut membantu Sumayyah, Muazam. Seorang lelaki yang dipercayai ayahnya seratus epratus. Berbagai ujian sumayyah lalui. Masalah keluarga, kakak suungnya terlibat dengan ajaran sesat dek penangan suami sendiri. Akhirnya, abang ipar sumayyah dipanah petir dan mati. Allah masih sayangkan kakak sumyyah, dan diberi peluan taubat. Perniagaan sumayyah didengki orang. Namun berkat kesabaran dan ketabahan sumayyah semua nya dapat diatasi. Lukman, sahabat lama sumayyah datang membawa hasrat hati, namun hati sumayyah tdiak terbuka sebab pernah di lukai Afnan, setelah sekian lama berkawan. Puas dibuat solat istiharah, akhirnya hasrat Lukman ditolak dan cuba dipadankan dengan sahabat baik Sumayyah sendiri. Sumayyah diduga lagi, keputusan terakhirnya gagal. Dia gagal menjadi graduan. Sedih hati lagi. Terpkasa pulang ke Jordan dengan perasaan yang sangat-sangat malu. Di sana, Naaufal, pelajar Master melamar Sumayyah. Sumayah buat solat istiharah dan minta nasihat uminya. Mereka berkahwin dan menjalani hidup sebagai suami isteri.
Jujurnya, sangat-sangat suka perwatakan sumayah. Dia tak perfect. Walau dia bertudung labuh dan penuh ilmu, kadang-kadang sumayyah tergelincir juga hatinya. Hatinya ada juga merungut aau mengutuk sesuatu. Dia tegas. Bukan lemah lembut gemalai sampai kena ikut segala kata orang lain. Mungkin bagi sesetengah orang, cerita ni terlalu bersifat keagamaan. Bagi aku tak. Ia menenangkan. Ia cerita satu kehidupan yang normal dan nyata. Paling ketara bila sumayyah gagal ujian akhirnya. Ia pernha berlaku pada aku, dikala-kala aku yakin aku lulus semua. Allah maha besar, semuanya boleh terjadi bila Dia kata kun faya kun.

No comments: