Tuesday, December 16, 2008

Enigma


Percutian enam sahabat bersama seorang jurupandu ekspedisi di Hutan Pedu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka iaitu Razif dibunuh secara misteri. Enigma terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dalam usaha mencari watak sebenar yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan - manusia atau makhluk misteri yang menghuni rimba berkenaan?


baru sahaja habiskan buku ni malam tadi. buku yang paling aku cepat habiskan sebab tak sabar nak tahu apa yang terjadi. apa yang sebenarnya berlaku di hutan Perdu tu. Makhluk apa yang menyerang mereka?? memang suspense. penulis membawa kita kembali ke setiap history setiap watak. dari situ kita was-was, siapa pembunuh? makhluk lain atau sesama mereka? semua mampu membunuh. jurupandu, si Lokman pernah ditahan sebab membunuh 3 perompak dengan kejam. rina, ada penyakit sleepwalker dan pernah mencucuk ibunya dengan gunting dlam tidor dan tidak siapa pon sedar tentang itu kecuali ibu bapanya. Aisyah, mangsa rogol ayah sendiri, hampir irogol oleh Razif dan tujuan utama ke perdu adalah untuk membunuh Razif!. razif, anak Dato' yang gatal, pernha cuba merogol aisyah, menerima rasuah,memeras ugut Syukri dan meminjam dengan along. syukri, pernah menjual dadah kerana tamak, insaf setelah Allah selamatkan dari ditangkap polis sebab tayar motor pancit dan tidak dapat hadir untuk berjumpa dengan dealer tepat apda masanya dan Razif minta duit jika tidak mahu dia melaporkan pada polis. tujuan Syukri ke ekspedisi untuk bunuh Razif. Suria, mangsa saka keluarga, menyertai kerana ingin menyemarakkan hubungan cinta dengan Razif. dan Zilla, gadis yang berperanagi lelaki adalah orang yang mengetahui semua rahsia. masing-masing punya tujuan.seorang demi seorang mati dibunuh. modus operandi sama. seolah-olah dibaham makhluk yang dasyat. tapi, anda pasti tak sangka pemangsa sebenarnya. puas hati baca buku ni!