Wednesday, November 26, 2008

Bila Nysrah kata Tak Mahu


Bila tengok tajuk buku ni,ingatkan buku ni macam cerita-cerita ringan. Tentang pelajar yang meningkat dewasa, yang melalui zaman remaja. Tapi rupanya, hanya 10% betul telahan saya. Secara umumnya, buku ini tentang Nysrah yang terpaksa naik keretapi malam dari Kelantan dan tiba di negeri Sembilan pukul 5 pagi. Diganggu oleh orang yang mabuk,yang hampir mencabul dia. Mengadu pada warden, dan guru penolong kanan tapi tiada tindakan diambil. Minta tolong pada jaga sekolah, tapi lain jadinya. Nysrah dirogol oleh jaga sekolah sendiri! Saya tidak sampai hati nak baca buku ni sebenarnya. Memang, itulah hakikat yang boleh berlaku dan mungkin berlaku kepada pelajar sekolah. Tapi saya seorang perempuan. Membaca kisah-kisah rogol dari perspektif seorang lelaki, bagi saya terlalu berat. Sakit jiwa saya membayangkan Nysrah dirogol.pilu hati saya bila Nysrah disahkan mengandung! Lagi kecewa saya bila tiada orang dewasa yang ambil berat tentang hal seorang budak remaja yang baru nak mengenal dunia. Buku ini boleh dijadikan pedoman untuk guru, ibu bapa dan pelajar sendiri; dan saya juga. Mengingatkan saya, siapa lagi yang boleh jaga diri saya, jika bukan saya sendiri.